Wednesday, April 28, 2010

Handphone Yang hilang

Ini la alkisahnya. Handphone lama azie baru saja hilang beberapa hari yang lepas. Handphone bukan mahal pun, tiada kamera, just nokia yang buruk. Tapi terasa juga sedihnya. Sentimental value lah katakan. Handphone tu dah mencatat sejuta kenangan. Dulu-dulu handphone itulah nyawa paling penting. Masa bercouple zaman Universiti, handphone itulah yang menghubungkan azie dengan dia. Lepas handphone 3310 azie rosak, on the spot azie beli handphone tu takut tak dapat berhubung dengan dia. Even dah kerja, azie still tak nak tukar sebab sayang handphone itu. Simcard pun dah umur 7 tahun tak pernah tukar, nama simcard pun masih celcom explore yang dah lama tak wujud.. Boyfriend pun dah tiada.. hanya tinggal handphone itu saja sebagai kenangan.

Kat sekolah student-student azie asyik kutuk handphone itu, siap perli suruh azie ambil gambar mereka guna handphone itu.. then gelak-gelak bila azie buat-buat amik gambar mereka.. hihi. Tapi azie kebal kalis kutukan. Biarlah buruk pun, biarpun lama, azie tetap bertahan guna handphone yang naif itu, keypad pun dah tak nak lekat huruf bila taip mesej.

Nak dijadikan cerita, hari terakhir budak-budak kutuk handphone tu menjadi hari handphone itu hilang. Dia merajuk kot. Azie pergi duty warden malam itu, dalam tak sedar handphone tu tiba-tiba tiada pada azie, sama ada terjatuh dari poket atau tertinggal atas meja. Student yang ambil.. huhu, bila azie dail nombor azie, budak itu tekan cancel. Dan begitulah akhirnya, handphone itu telah pergi buat selamanya. Nak jumpa lagi handphone yang seiras dengannya mesti dah tiada. Handphone dah tidak jual di pasaran. Haha.. Kawan azie cakap mungkin ada hikmahnya. Maybe nak suruh azie buang semua kenangan lama dan mulakan hidup baru. Dan mungkin juga supaya azie berubah pakai handphone yang lebih baru.. hua hua hua. Budak-budak tak boleh kutuk azie lagi dah... Cikgu dah beli handphone yang baru..



Handphone yang pertama beginilah lebih kurang rupanya. Handphone pemberian dari abang bersama-sama simcard celcom explore



Inilah rupa handphone buruk yang hilang itu. Huhu cari dalam image yahoo, berzaman baru jumpa.. Handphone classic, handphone yang dah tidak available di pasaran

Ini handphone azie sekarang.. baru la selari dengan kawan-kawan lain. Tidak lagi ketinggalan jauh ke belakang buat masa ini. Tak tahu la smpai bila handphone ini akan bersama azie.. Nombor pun tak berubah, azie pergi celcom centre dapat nombor lama dengan simcard celcom xpax yang baru..

No comments:

Post a Comment