Thursday, August 5, 2010

Tilik Nasib

Cerita ni azie ada terbaca dan azie nak kongsi sikit. Ianya berkenaan tilik nasib, tak tahulah sama ada ini kisah betul atau tidak tapi azie tertarik baca cerita ini. Azie ni suka juga kalau dapat tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan apa nasib azie. Kalau dengar apa-apa hal berkaitan tilik nasib, laju je azi nak ambil tahu. Hehe..Satu masa dulu tilik nasib dibenarkan dalam Islam tapi pada suatu ketika Allah s.w.t telah menghantar Malaikat untuk menguji seorang tukang tilik.
Dengan arahan Allah s.w.t, Malaikat Jibril (kalau tak silap) turun dan ke rumah penilik nasib tersebut. Selepas diberi salam, keluarlah seorang budak lelaki (kecil lagi)dan Malaikat berkata "boleh saya berjumpa dengan ayah kamu"
Anak penilik nasib menjawab "ayah tiada dirumah, kenapa pakcik ingin berjumpa ayah? atas urusan apa?"
Malaikat menjawab "pakcik ingin menilik nasib”
Budak menjawab "saya pun boleh menilik nasib"
Malaikat berkata lagi "baiklah, boleh tak jika pakcik ingin tahu di mana Malaikat Jibril berada sekarang"
Budak tersebut mengambil ranting dan menconteng ke atas tanah kemudian berkata "saya telah menilik dan melihat tujuh petala langit dan tujuh petala bumi namun, Malaikat Jibril tiada disitu. Jika tidak salah saya pakciklah Malaikat Jibril"
Maka, Malaikat naik ke langit dan menyampaikan kepada Allah s.w.t bahawa budak sekecil itu mampu mengesannya, maka, ayahnya pasti lebih lagi.
Oleh itu, diharamkan tilik nasib.....Azie sudah tak boleh lagi tertarik pada aktiviti tilik nasib. Sekarang, lalui sahaja apa yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk kita kan? Itulah yang terbaik untuk kita.