Tuesday, August 2, 2011

Hilang

Sudah lama azie x buka blog ini. Azie banyak plan nak update blog. Nak cerita yang hepi-hepi tapi azie tangguh sebab sibuk dan tiada masa nak menaip.

Dalam tak sedar, bukanlah perkara hepi saja yang akan berlaku dalam hidup kita sebagai manusia ni. Azie nak tulis dalam blog tentang hari perkahwinan azie tapi asyik sibuk dengan hal kerja di sekolah, akhirnya cerita gembira sudah terganggu oleh beberapa peristiwa.

Pemergian arwah abah

Pada tarikh 7 Jun 2011 azie telah kehilangan seorang insan tersayang. Abah tempat azie bergantung selama ini telah pergi tinggalkan kami sekeluarga.. Azie sangat merindui abah. Abah telah menderita sakit bertahun-tahun. Sejak azie sekolah menengah. Masa itu azie masih lagi berada di asrama. Abah selalu jatuh tiba-tiba, macam sakit strok. Tapi abah kuat semangat. Walaupun tidak sihat, abah masih meneruskan kerja seperti biasa, abah masih ke ladang mengait buah sawit. Dari setahun ke setahun, sakit abah makin kerap, serangan strok tu berlaku tak mengira masa. Pergi klinik abah dapat ubat sawan dan darah tinggi. bertahun-tahun abah makan ubat ini.

Sehinggalah azie grad, abah tetap datang konvo azie walaupun dalam keadaan tidak sihat. Abah tetap masuk dalam dewan konvo untuk tengok azie dapat ijazah walaupun dalam dewan itu panas dan mungkin menyebabkan dia diserang strok. Azie sedih mengenangkan semua itu. Selepas azie kerja, azie dan mama pujuk abah scan dan check kepala di hospital swasta. Abah tak nak, abah takut pada hospital, dia cakap kalau bedah-bedah dia tak nak. Sakit abah semakin lama semakin menunjukkan kesan. Mula-mula hujung jari susah nak digerakkan, lama-lama satu tangan tak dapat digerakkan. Setiap kali pulang ke kampung azie akan nampak sakit abah makin banyak kesan. Lama-lama sebelah kaki abah pula susah nak digerakkan. Selera makan makin berkurang, abah makan nasi semakin sedikt, dan paling menjejaskan selera abah bila abah tak boleh lagi makan daging. Abah makan sardin kerang je satu-satunya lauk yang boleh menyebabkan dia makan banyak sikit. Mama berusaha cari di semua kedai kerana bukan semua kedai ada jual sardin kerang.

Satu hari, atas nasihat seorang doktor, akhirnya abah bersetuju untuk scan kepala. keputusan yang sangat menegjutkan, rupanya ada ketumbuhan dalam kepala abah. ketumbuhan sudah agak besar tetapi masih boleh dibedah. walaubagaimanapun doktor menyatakan peratus kejayaan adalah 50%. pada mulanya abah bersetuju, tetapi setelah abah berfikir panjang, abah tak nak operate. Abah nek berubat kampung. Abah bertahan sehinggalah hari perkahwinan azie.

Selepas dua minggu perkahwinan azie, mama cakap abah selalu termenung, azie sangat risau bila mama memberitahu keadaaan abah semakin lemah. Melalui adik ipar, azie dapat satu alamat berubat kampung untuk bedah batin. walaupun azie kurang yakin, tapi azie nak berusaha untuk kali terakhir. Saat-saat azie nak balik ke kampung untuk tujuan berubat abah, tiba-tiba mama telefon beritahu abah sudah tidak boleh berjalan. Luluh hati azie bila lihat abah terbaring atas katil dan memandang azie tanpa berkata-kata, abah seolah-olah nak bagitahu dia sedih. Abah tidak tidur semata-mata tahu azie balik kampung hari itu.

Azie kemudian bawa abah ke terengganu sebagai ikhtiar terakhir. Lebih memilukan bila orang yang mengubat itu beritahu ketumbuhan abah dah sampai ke saraf otak, dia tidak dapat membantu, hanya memberi air tawar.

Akhirnya azie bawa abah ke teluk intan. Selama di teluk intan azie dapat lihat sukarnya abah melalui semua itu, Mama memang insan yang tabah menjaga abah sepenuh hati. Walaubagaimanapun, selama berada di rumah azie, abah berselera makan, mama gembira menyuap makanan. kemudian mama bawa abah ke rumah ija pula, di rumah ija abah makan berselera beberapa hari. kemudian mengejutkan apabila ija telefon beritahu abah dah masuk hospital kerana abah tidak boleh makan.

Doktor scan abah dan beritahu banyak air dalam kepala abah, kepala abah perlu ditebuk untuk mengeluarkan air dan abah perlu makan menggunaka wayar, makanan yang boleh dimakan hanyalah susu. Akhirnya abah pindah ke hospital kuantan untuk balik ke kampung. di sana barulah abah dipasangkan dengan wayar untuk makan. selama hampir 4 hari abah tidak makan, amat memilukan hati bila mama cakap abah tanya bila dapat makan. Doktor memaksa untuk abah dibedah, abah yang hanya mendengar tiba-tiba bersetuju untuk dibedah, tetapi setelah scan rupanya abah sudah terlambat, ketumbuhan telah terlalu besar. Akhirnya, mama tanya abah nak balik rumah mana, sama ada rumah sendiri atau rumah nenek, abah nak balik jengka rumah nenek. Kebetulan azie cuti sekolah pertengahan tahun, azie berpeluang berada di jengka banyak hari. Abah sudah tidak boleh bercakap, abah memgang tangan azie dan memandang setiap orang dan kami tidak tahu apa yang ada dalam fikiran abah ketika itu.

Akhirnya abah pergi juga, amat terkilan bila sewaktu arwah abah menghembuskan nafas terakhir azie tidak befrada disisi. azie tengah mandi untuk baca yassin. Tak sempat azie membaca yassin. itu membuatkan azie sangat terkilan.

Pemergian arwah adik

Adik tinggal bersama-sama azie dalam tahun 2011 ni kerana adik ambil SPM tahun ini. Adik suka keluar bersama kawan-kawan dan mengabaikan pelajaran. Disebabkan dia buat kes ponteng kelas dan digantung sekolah, azie meminta untuk menjaga dia. Tambahan arwah abah sedang sakit, azie kasihankan mama. Dan adik juga disaman kerana tiada lesen moto. Tanpa mengikut kehendak dan pendapat adik, semua bersetuju untuk membawa dia tinggal bersama-sama azie. Adik nampaknya seperti tidak membantah, setiap dokumen untuk dia bertukar sekolah disediakan oleh adik. Azie pun tidak tahu apa yang dia fikirkan, sama ada dia suka ataupun tidak.

Pada bulan satu sehingga awal Mac, adik tinggal bersama dengan faiza. Faiza yang menguruskan segala hal persekolahan adik. Faiza akan menghantar dan menjemput adik ke sekolah, membelikan makanan tengah hari dan menguruskan makan malam serta hal seharian adik. Masa itu azie masih lagi di asrama dan bertugas warden. Selepas mendirikan rumah tangga bulan 3, azie tinggal besama-sama adik. Azie selalu memikirkan adik sunyi dan bosan kerana azie tidak membeli tv, adik selalu bermain games di komputer faiza. Selepas bosan, adik akan tidur, sebaik bangun tidur, dia akan sambung semula games, semua cd cerita dia tonton. Bila sudah habis cd, dia kembali bosan.

Tetapi, akhirnya adik telah mendapat lesen P. Adik gembira selepas ada lesen. Memandangkan adik telah ada lesen, azie membuat keputusan untuk membenarkan adik berulang-alik ke sekolah dengan motor. Walaupun begitu, hati azi sentiasa bimbang adik membawa motor di kawasan bandar teluk intan yang banyak kenderaan. Setelah ada lesen, adik menggunakan motor itu sebagai kenderaan untuk kemana-mana. Oleh kerana azie sentiasa sibuk dengan kerja di sekolah, lama-lama azie sentiasa mengabaikan dia. Adik pun setiap petang akan keluar bersama kawan. Azie pun sering tiada meluangkan masa lagi mengajar adik matematik seperti awal-awal dulu.

Selepas pemergian arwah abah, adik tidak banyak bercakap dan adik banyak ikut setiap apa yang azie cakap. Adik banyak membantu azie di dapur. Sejak azie pragnent azie selalu minta adik tolong menumbuk bawang, minta adik petik daun limau dan daun kesum. Adik juga membantu faiza menyiram pokok. Semasa faiza keluar kursus, adiklah peneman azie untuk kemana sahaja. Satu hari adik pulang lewat ke rumah, azie berniat untuk menegur tetapi disebabkan adik membelikan azie dan faiza air cendol, azie tidak jadi untuk menegur. Terharu bila adik ingat pada azie.

Pada hari khamis dan jumaat itu, azie tidak tahu apa yang sedang berlaku, badan azie terasa seram sejuk dan tangan bergetar. Azie jadi asyik termenung tanpa sebab dan ingin pulang dari sekolah cepat. Pada pagi jumaat itu, adik mencari azie sehingga ke bilik untuk bersalam sebelum ke sekolah. Selalunya jika azie berada di bilik, dia tidak akan salam melainkan azie berada di luar bilik. Sebelum ke sekolah, adik meminta faiza tandatangan borang untuk dia merenteas desa pada esoknya.

Hari jumaat itu, kami makan tengah hari bersama kerana azie belikan lauk untuk makan di rumah. Pada hari lain adik akan membeli makanan tengahharinya sendiri kecuali hari Jumaat.
hari Jumaat itu adik tidak kemana-mana, hanya berada di rumah bermain games. Petang itu azie makan malam, adik bersiap untuk mandi. tapi azie panggil dia makan sekali sebelum dia mandi kerana semalamnya adik mandi, azie makan dengan faiza sahaja. Jadi hari jumat itu kami makan bersama. Azie masak kuah tom yam yang hanya isi lobak. Faiza kata dia suka tomyam kosong yang tiada sayur, adik menjawab, dia pun suka tom yam yang tidak isi sayur.

Setelah makan, azie solat maghrib dan azie baca yasin kerana genap hari ke 40 pemergian arwah abah. Selepas baca yassin, azie suruh adik baca yassin dan bagitahu itu hari ke 40. Kemudiannya, azie masuk ke bilik dan tak tahu kenapa azie terasa sangat sedih mengenangkan selepas hari ke 40 menandakan arwah abah akan pergi dan tiada lagi disekeliling kami. Azie menangis berpanjangan sehingga bengkak mata dan tidur awal.

Pagi esoknya, azie goreng nugget dan buat cucur bilis, azie makan dengan faiza kerana azie ingatkan adik tidur lagi. Selepas faiza ke pasar, azie menjenguk adik di bilik, rupanya adik tiada di bilik, azie hairan dia ke mana dan masa bila dia keluar rumah kerana azie tidak terdengar bunyi motor, azie mesej adik, adik jawab dia pergi merentas desa. Azie terlupa hari itu adik ada acara merentas desa.

Kemudian, selepas faiza pulang dari pasar, azie tanya faiza bila adik keluar, faiza kata adik keluar awal pagi. Azie masak nasi ayam hari itu, adik paling suka nasi ayam. Berkobar-kobar azie mesej ija minta resepi. Selepas siap masak, azie telefon mama tanya khabar dan bagi tahu azie masak nasi ayam. Azie bagitahu mama yang adik keluar merentas desa,dan adik mesti suka kalau tahu azie masak nasi ayam. Azie simpan ayam untuk adik.

Azie terjenguk-jenguk di hadapan rumah setiap kali terdengar bunyi motor, tidak tahu mengapa azie tersangat menunggu adik balik. Semakin lama makin petang, tetapi azie tak tahu kenapa azie tidak call ataupun mesej adik. Azie asyik fikir takut adik tengah bawa motor.

Pukul 5 lebih, azie baring atas katil, tiba-tiba ija telefon bagitahu cepat ke hospital kerana adik excident. Serta merta azie bangun dan ajak faiza berkejar ke hospital. Jantung azie berdetak kencang dan terasa tangan bergetar, sampai di hospital azie mencari adik di unit kecemasan tetapi adik tiada disitu, tiba-tiba azie nampak satu van menurunkan seseorang di ruang legar kecemasan. Azie amati pakaian, seluar dan kasutnya, itu adik. Adik tidak sedar ketika itu, seperti pengsan. Terasa lemah lutut azie, azie sangat takut.

Kawan adik kata, mereka on the way balik dari air terjun Kuala Woh. Jauh mereka pergi dan adik berlanggar dengan lori dalam perjalanan pulang, hanya beberapa km sahaja lagi nak sampai rumah. Azie tak sanggup nak dengar apa yang doktor akan cakap, azie tak sanggup membayangkan apa kecederaan pada adik. Azie harap adik tak apa-apa, cuma pengsan. Azie cakap pada faiza azie akan tunggu dalam kereta. Azie tak nak pegang hp kerana azie takut orang telefon. Azie minta faiza yang telefon mama. Azie baring dalam kereta tetapi tak dapat bertenang, azie ke surau untuk solat asar. Selepas solat asar, faiza datang suruh azie cepat sebab nak uruskan hal adik. azie nampak dompet dan telefon adik dalam plastik, azie rasa bedebar. akhirnya faiza cakapadik dah tak ada. tuhan saja yang tahu betapa azi tekejut, azie tak sanggup nak terima kenyatan itu. Azie takut nak bagitahu mama. Azie tiada tenaga lagi untuk bergerak.

faiza dan cikgu-cikgu sekolah menguruskan jenazah adik dan mencari van. mama nak adik dikebumikan di jengka bersama arwah abah. kami bertolahk pukul 1 malam, sepanjang perjalanan azie terasa sangat piliu mengenagkan azie bawa adik balik dalam keadaan begini. azie takut nak bedepann dengan mama. Pukul 7 lebih barulah kami tiba di Jengka, azie peluk mama, azie sangat sedih. semua ini tak dapat digambarkan dengan kata-kata. arwah adik selamat dikebumikan jam 11 pagi. tempatnya bertentangan dengan tempat abah. betul-betul bersebelah.

Sekelip mata azie hilang arwah abah dan arwah adik. Adik menemankan abah di sana. satu persatu azie mengenangkan hal adik dan setiap kelakuan adik sebelum dia meninggalkan azie. Orang kampung memberitahu adik orang terakhir meninggalkan kubur abah dan menangis sehingga berpeluh hari pengebumian abah. Azie imbas, memang dari dulu adik orang paling marah bila abah tidak bedah, adik kata itu saja usahanya, adik kata kena berusaha dan tidak boleh biarkan tengok saja abah sakit. tapi azie kata, azie ikut kehendak abah. Bila azie fikir semula, adiklah orang yang paling ingin menyelamatkan abah tanpa disedari. rupanya dia yang paling sedih dengan pemergian abah sehingga dia mengikut abah ke sana. adik pergi hari nisfu syaaban, dan azie dengar orang kata nisfu syaban adlah hari pengampunan tuhan kepad hambanya yang tidak melakukan dosa besar seperti menyekutukannya. Insyallah adik adalah di kalangan insan terpilih, alhamdulilllah sebelum adik pergi, adik jaga solatnya. abah juga pergi dalam kedaan senyum, arwah abah juga insyaalha antara orang terpilih, abah jaga solatnya dan sentiasa bezikir selama hayatnya. Amin.. semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas kedua-dua insan yang azie sayang ini.